Friday 30 September 2011

Gowind and the sub-systems of SGPV -


Gowind pula diakui sebagai sebuah platform dengan teknologi halimunan antara terbaik pernah dicipta, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) panjang DCNS, iaitu syarikat perkapalan yang membekal kapal selam pertama negara.

Kadar pantulan radar kapal ini sangat rendah menyebabkan ia sukar dikesan musuh dan di rantau Asia, negara yang memiliki aset sedemikian hanyalah Singapura, melalui kapal friget kelas Delta, juga hasil kerjasama dengan syarikat Perancis.

Rudal permukaan ke permukaan Naval Strike Missile (NSM) buatan Norwegia dengan jarak jangkau 180 km (photo : Peterdx-Wiki)

Walaupun dianggap jauh lebih berkemampuan berbanding Sigma 10614 dalam aspek halimunan, kekurangan Gowind adalah belum teruji sepenuhnya kerana DCNS sendiri, masih membuat beberapa kajian.

Sebenarnya, selain daripada pemilihan platform yang memiliki teknologi halimunan termoden, program LCS juga bakal menyaksikan kemasukan peluru berpandu pertahanan udara, antikapal permukaan serta sistem antikapal selam tercanggih di rantau ini.

Ini kerana, bagi pertahanan udara umpamanya, peluru berpandu Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) keluaran Amerika Syarikat (AS), yang mampu memusnahkan mana-mana pesawat moden sehingga jarak 50 kilometer (km) dikatakan menjadi pilihan TLDM.

Begitu juga dalam aspek antikapal permukaan. TLDM khabarnya telah memilih untuk menggunakan peluru berpandu berteknologi halimunan buatan Norway, Naval Strike Maritime (NSM) yang mampu menyerang kapal musuh sehingga jarak 180 kilometer.

Bagi menangani ancaman kepal selam pula, TLDM memilih untuk menggunakan sistem torpedo sedia ada, tetapi kemampuan sistem sonar akan dipertingkatkan seoptimum mungkin dengan pemasangan Hull Mounted Sonar (HMS).

Jika perkara itu menjadi kenyataan, sejarah bakal tercipta kerana inilah kali pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memiliki payung perlindungan udara sehingga jarak 50 km, selain TLDM sendiri bakal menjadi pengguna pertama ESSM di rantau Asia Tenggara.

Selain itu, kemasukan NSM dalam inventori TLDM juga bakal melonjakkan kuasa tempur organisasi tersebut memandangkan, peluru berpandu jenis Exocet 40 Blok II yang dipasang pada Friget Kelas Jebat dan Korvet Kelas Kasturi hanya mempunyai jarak membunuh sehingga 70 km.

Satu lagi peluru berpandu antikapal milik TLDM yang dipasang pada kapal Korvet Kelas Laksamana, iaitu Otomat Teseo Mk2 juga masih tidak mampu menandingi jarak dan kecanggihan NSM kerana hanya mampu menenggelamkan kapal musuh sehingga jarak 130 km.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengakui, hanya kapal kelas Sigma 10614 dan Gowind sahaja yang masih kekal dalam senarai pendek untuk program pembangunan LCS.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan akhir mengenai platform mana yang hendak dipilih terletak sepenuhnya di tangan kerajaan kerana selain pertimbangan teknologi, faktor kemampuan kewangan kerajaan turut diambil kira.

Namun tegasnya, sebagai pengguna, TLDM sudah pasti mahukan sebuah platform yang ampuh, bukan sahaja dalam soal halimunan dan kemampuan peperangan tiga dimensi tetapi, kapal yang hendak dipilih mestilah telah terbukti kemampuannya.

Menurut Abdul Aziz, ini kerana LCS bakal berada di barisan hadapan perairan negara, sehingga jarak 200 batu nautika dan dengan mengambil kira ketegangan di kepulauan Spratly, sudah tentu aset tempur itu akan lebih banyak 'bermain' di Laut China Selatan.

"Program ini merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh TLDM kerana jika tidak, negara akan rugi. Kapal LCS bukan sahaja mampu memastikan kedaulatan negara terus terpelihara tetapi industri pertahanan tempatan juga akan meraih limpahan teknologi.

"Jika peluang ini dilepaskan atau memakan masa terlalu lama, TLDM bakal berdepan dengan kekangan dari segi jumlah aset kerana banyak kapal permukaan kami telah diserah kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Ini sudah pasti menjejaskan operasi kami," katanya.

Mengenai jenis persenjataan yang bakal dipasang, beliau enggan mengulas secara terperinci tetapi mengesahkan TLDM berminat dan berhasrat untuk menggunakan sistem persenjataan baru bagi meningkatkan lagi keupayaan cegah rintang negara.

Katanya, beberapa jenis sistem persenjataan baru telah dinilai oleh TLDM dan perkara itu jika tiada sebarang masalah akan dipasang terus kepada kapal LCS kerana pembinaan aset tempur tersebut tidak lagi mengaplikasi konsep 'fitted for, but not with'.

"Apa yang saya boleh sahkan ialah apabila siap, kapal ini bakal memberi peningkatan berganda kepada elemen cegah rintang kerana ia akan dilengkapi dengan sistem peperangan tiga dimensi yang jauh lebih mantap dan berbisa, berbanding apa yang kita ada sekarang," ujarnya.

FROM DEFENCE STUDIES

Malaysia SGPV - GOWIND CLASS

My new projects for 2011 is SGPV. I'm proud that both OPV class for RMN, i was involved both projects with different companies. My roles, as to my liking, involving TOT, local contents and developing local capabilities.
I was so fortunate to work closely with Malaysia Defence Industry , DR KOGILA, JPM and OEM.
Off course , don't want to be out of trend, our new partner is PEMANDU.
Yup, there was a different level. On Previous projects , i was totally involve and working very close with the user RMN, Treasury and PERO, of course JPM too.(nothing can be done without JPM approval!)
Why am I not working with the Navy anymore.? The concept is user will came out with operational requirement, treasury look after the money, DID will look on add value to Malaysia economic and PEMANDU will recommend to JPM based on operational capability, within budget and value for developing Malaysian industry. 
Very interesting task and i love every seconds of the challenge, power grabbing and hyper-tension as psychological warfare .


The end result is very encouraging, for Malaysia industry will receive over RM1b value of jobs locally. It will be distributed all over Malaysia Melaka, Cyberjaya, Lumut, Kulim and others.
The aim to achieve high income nation could be faster with this project. yes we looking for people, competent engineers, experience or non-experience, supply chain manager, aerospace engineer, Project manager and several positions.
We also engage with PEMANDU to bring back our brain from oversea, offering world market salary to work back in MAlaysia. 
Yes you are all welcome. 
Aren't you excited? Meanwhile little company in Melaka called contraves just been awarded manufacturing license from US state government to authorize them manufacturing defence products. Yes .. that company from Melaka.


There are a lot of positive things happened from SGPV project. Which I can see the transparency people dealing with it. Of course there are setback, but hey..this is open competitions, sometimes you win, sometimes you lost.


Be gentleman, accept it as Rezeki di tangan Tuhan. 


So what are we getting?

Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.

GOWIND LPV CLASS
Gowind - LPV Class
Umum telah ketahui melalui projek NGPV yang lalu, negara telahpun berjaya membina sendiri kapal perang, kategori corvettes berdasarkan design Meko100, kini projek kedua yang dipanggil SGPV bakal disambung dengan pembinaan sebanyak 6 buah lagi dan telah dinyatakan projek ini akan menghasilkan kapal yang lebih besar dari NGPV yang terdahulu.
Walaupun tidak dinyatakan dengan rasmi jenis model kapal perang canggih yang bakal dibina, jika diamati dari ungkapan diatas dan beberapa gambar contoh Kapal LCS yang dipaparkan dalam majalah perajurit edisi Januari 2011, terdapat sebuah kapal yang bercirikan stealth di dalam artikel tersebut dan antara faktor lain juga pada pameran IMDEX 2009, juga dapat dilihat  syarikat DCNS ada menawarkan kapal stealth generasi baru kepada negara-negara asia yang berminat, lihat contoh gambar di atas:

antara konsep Gowind class OPV L'Adroit


GOWIND CLASS 200
Gowind class 200

Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara. Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.

video- Gowind Classs

Ianya adalah kategori kapal 'stealth' design jika dibandingkan dengan kapal-kapal projek DELTA Singapura yang mengambil kriteria rekabentuk kapal 'La Fayette' didalam membina kapal perang, iaitu dari Kelas Formidable' yang dimilik sebanyak 6 buah kesemuanya.

Kapal -kapal ini mempunyai kadar deteksi radar yang sangat rendah(RCS) , berdasarkan rekabentuknya yang mampu membalikkan signal deteksi radar ke arah yang lain dan bukannya ke arah kapal. Berpemukaan rata dan penggunaan cat yang berupaya untuk menyerap signal-signal penjejakan radar, menjadikan ianya bersifat stealth.

Kapal kategori LCS ( littoral combat ship), ini bakal membolehkan ianya beroperasi di perairan cetek dan juga dilaut dalam dalam tempoh jangka masa yang panjang , tanpa perlu diservis dan berkelajuan tinggi, antara


Formidable class - RSS Steadfast

Langkah memproduksikan kapal-kapal  berteknologi tinggi ini adalah langkah yang sangat tepat memandangkan teknologi dunia yang semakin maju dan memberi manfaat kepada industri perkapalan tempatan dalam menguasai kepakaran dalam pembuatan kapal- kapal perang moden dan canggih, sesuai dengan peredaran masa.

nota penulis: lega bila mendengar bahawa kapal ini nanti tidak berkonsepkan ' fitted but not with'.Harapan penulis, at least ASTER 30, digunakan sebagai persenjataan SAM, atau lain-lain tetapi mempunyai jangkauan yang sama dengannya.

kapal stealth Formidable class - Singapura


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih. Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap. Jelasnya, pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali.


Courtesy from 

apaajanews