Monday, 16 January 2012

Pegawai Tertinggi TLDM Letak Jawatan Secara Mengejut


Sangat menarik untuk mengetahui - siapakah dan kenapa? Desas-desus bertiup kencang menyatakan seorang pegawai kanan berpangkat Laksamana Madya, telah meletakan jawatan baru-baru ini. Menariknya ialah kerana bukan main calang-calang pangkatnya! Tentu ada rahsia yang tersembunyi disebalik perletakan jawatan tersebut yang dibuat secara luar biasa - dengan tetiba sahaja.


Laporan tersebut tiada menyatakan sebab yang diberikan selain ‘hal peribadi’ mengenai perletakan jawatan secara tiba-tiba itu. Menurut laporan itu lagi, seorang pegawai kanan dalam ATM menyatakan, "Perkara ini dijangka akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Angkatan Tentera, untuk keputusan akhir"

Hanya ada tiga pegawai dalam Tentera Laut yang berpangkat naib laksamana, mereka adalah Timbalan Ketua Tentera Laut Dato' Nordin Mohd Ali, Komander Armada Dato' Jamil Osman dan Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia Ibu Pejabat Dato 'Ahmad Kamaruzzaman Badaruddin. Sama-samalah kita tunggu laporan yang rasmi nanti. ~alhusseyn

No comments:

Post a Comment