KUALA LUMPUR: Kapal Frigat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpengkalan di Lumut, Perak, KD Jebat mengalami insiden pergeseran dengan kapal dagang tidak dikenali di 24 batu nautika Barat Laut Permatang Sedepa, Selangor, kira-kira 3 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Markas Tentera Laut berkata, ketika kejadian anggota sedang membuat rondaan di Selat Melaka dalam keadaan hujan dan laut agak bergelora.
Katanya, akibat pergeseran itu, KD Jebat mengalami kerosakan kecil namun tidak menjejaskan pelaksanaan operasi.
"Semua warga kapal selamat dan tindakan pantas pegawai pemerintah serta kecekapan warga kapal berjaya menyelamatkan kapal daripada kerosakan teruk.
"Kami sudah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca sebenar kejadian dan kenal pasti kapal dagang berkenaan," katanya dalam kenyataan.
No comments:
Post a Comment