Thursday, 7 May 2026

TIADA WAKIL DARI VETERAN TENTERA LAUT - MVK TIDAK MEWAKILI VETERAN ATM SEPENUHNYA

 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐌𝐕𝐊) 𝐁𝐈𝐋. 𝟏𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) Bilangan 15 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Kementerian Pertahanan.
Terdahulu, Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi Majlis Veteran Kebangsaan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dalam satu acara ringkas telah menyampaikan Sijil Pelantikan kepada ahli-ahli baharu MVK.
Mendahului senarai penerima Sijil Pelantikan adalah Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, YBhg. Mejar Jeneral Dato' Indera Zahari bin Mohd Ariffin sebagai Ahli Tetap MVK dan Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), YBhg. Kapten Datuk Sharuddin bin Haji Omar (Bersara) sebagai Ahli Lantikan MVK.
Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada kebajikan warga Veteran ATM serta inisiatif-inisiatif terkini berimpak tinggi seperti mengembangkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta untuk veteran, meningkatkan bantuan kewangan, perubatan, program latihan semula dan lain-lain.
Selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pertahanan, perkara yang di tekankan juga adalah selari dengan pembangunan dasar Malaysia MADANI (Teras Ihsan) untuk kementerian terus berusaha mengenalpasti sebarang peluang yang boleh memanfaatkan veteran dan tanggungan demi memperkasakan agenda kebajikan veteran ATM.
Ianya juga adalah sebahagian daripada beberapa inisiatif MINDEF terkait golongan veteran ATM iaitu Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM serta Amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan: 8 Fokus Kementerian Pertahanan; Fokus Ketujuh – Terus Memperkasa Kesejahteraan Veteran ATM Sebagai Penghargaan Jasa dan Pengorbanan Sepanjang Perkhidmatan Mereka.
Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Dato' Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, mewakili YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera, merangkap Ahli Lantikan MVK, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Kebangsaan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki merangkap Setiausaha Majlis Veteran Kebangsaan, Presiden Pengawai - Pengawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC), YBhg. Lt Jeneral Dato' Sri Dr Abdul Aziz bin Ibrahim (Bersara) merangkap Ahli Lantikan MVK, Naib Presiden 1 Persatuan Veteran TUDM, YBhg Mej Jen Dato’ Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM (Bersara), merangkap Ahli Lantikan MVK, dan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Bepencen Malaysia (PVATTBM) merangkap Ahli Lantikan MVK, YBhg. Dato' Haji Ismail bin Haji Abidin.






salam kaut



Nampaknya tiada wakil dari veteran TLDM yang hadir dan tiada juga lantikan oleh Menhan Presiden PVTLDM sebagai ahli MVK. 
Persoalannya mengapa tidak di lantik Presiden PVTUDM dan PVTLDM sebagai ahli MVK sebagai menghormati wakil veteran perkhidmatan masing2. Tidakkah menhan sedar bahawa PVTLDM mempunyai keahlian terbesar dalam single service ATM. Kalau beliau tidak boleh menghormati wakil veteran TLDM, maka MVK atau persatuan baru yang di tubuhkan iaitu gabungan Persatuan veteran ATM tidak perlu di adakan. Menhan sebagai penaung veteran ATM , wajar mendengar suara veteran setiap perkhidmatan, melalui wakil veteran persatuan masing2.  

Persoalan untuk MVK . 

Part II, Seksyen 5 of Akta Veteran 2012 

 “Anggota Majlis yang dilantik dalam Sub-seksyen 3(2) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri”

 Soalan 1 - Adakah Elaun Tersebut Dibayar Secara Tetap Setiap Bulan? Atau Sara Hidup Peribadi Cth Penginapan, Kekacauan, Kadar Perbatuan Apabila Dan Apabila Mesyuarat Berlaku?

soalan 2 - Dari mana Dana tersebut di dapati ? dana Awam Atau Dana Bukan Awam?

Soalan 3 - Berapa jumlah elaun Setiap Wakil? Kadar samarata Untuk Semua, Atau Berdasarkan Pangkat/Pangkat Selepas Bersara?

Adakah Presiden PVTLDM iaitu Kdr B Khairil Hariss tidak dilantik kerana beliau bukan berpangkat  Dato yang memegang jawatan Presiden, paling muda, paling konsisten dan progresif dalam menyampaikan suara veteran TLDM dan menukar corak perjuangan yang meminta2 sedekah kepada konsep veteran  "blue economy" yang lebih mampan dan ke depan. 
















No comments:

Post a Comment