Friday 18 October 2013

EKSESAIS BERSAMA TLDM-TUDM (ANGSA 8/2013)

Eksesais bersama TLDM dan TUDM, yang lebih dikenali sebagai ANGSA 8/2013 berakhir telah berjaya dilaksanakan dengan mencapai semua objektif yang telah disasarkan. ANGSA 8/2013 berlangsung mulai pada 26 Ogos hingga 13 Oktober 2013 bertempat di Pusat Taktik dan Maritim (PUSTAKMAR), Pangkalan TLDM Lumut, Perak Darul Ridzuan.                

Eksesais ini turut dijayakan dengan penglibatan Tentera Darat Malaysia yang menyumbang kepada kejayaan eksesais pada kali ini. Sesuai dengan usia 8 tahun perlaksanaannya, ANGSA menampakkan kematangan dan keberkesanan bersesuaian dengan objektif yang telah digariskan. Secara keseluruhannya, latihan secara Command Post Exercise (CPX) atau Pos Pemerintahan (POSTAH) kali ini menekankan aspek interoperability antara perkhidmatan berjaya mencapai objektif utamanya iaitu:
         
a.       Untuk Meningkatkan Keboleh-Operasian Antara Perkhidmatan           dalam Menyokong Pengoperasian Bersama.
          b.       Untuk Melaksanakan Perancangan Operasi Maritim Secara Bersama (Joint Maritime Operation).
          c.       Melaksanakan Command Post Exersice (CPX) menggunakan Joint           Theater Level Simulation (JTLS).

Secara keseluruhannya, penanda aras kejayaan eksesais ANGSA 8/2013 boleh diukur berdasarkan beberapa aspek:

a.       Kesemua perancangan eksesais, telah dapat dilaksanakan sepertimana yang dijadualkan mengikut fasa yang telah ditetapkan.
          b.       Latihan yang dilaksanakan memperlihatkan keberkesanan kawalan           dan pemerintahan serta memberi peluang kepada Pegawai Kanan membuat keputusan dan dalam        masa yang sama memberikan     bimbingan kepada pegawai muda.
          c.       Pelaksanaan CPX berjaya mencapai matlamat dengan persediaan           perancangan dibuat dengan betul dan penghasilan keputusan yang           hampir tepat mengambilkira warfare domain, principal of war dan           persekitaran sebenar yang disimulasikan.
          d.       Corak perancangan yang dihasilkan adalah satu template     persiapan peperangan yang baik, yang boleh dikembangkan pada siri   latihan yang akan datang.
           e.      Semua peringkat pegawai dan anggota yang terlibat telah           mempamerkan semangat kerjasama dan saling memahami antara           perkhidmatan darat, laut dan udara.

       
        Eksesais ANGSA 8/2013, turut berjaya menerapkan elemen peperangan siber dan media.  Media elektronik telah dicipta dalam bentuk ’near real life’ di mana klip video  dan media cetak dalam bentuk keratan akhbar dilakukan.  Ianya didapati efektif dalam membentuk minda peserta.
         
Selain itu, Program kemasyarakatan, Projek Jiwa Murni turut diadakan sempena eksesais ANGSA 8/2013. Program ini dilaksanakan di Pusat Pendidikan Dalam Komuniti (PPDK), Nur Hidayah, Taman Krishnan, Seri Manjung, Perak. Program ini adalah merupakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan peserta eksesais yang dilaksanakan khas bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta kerjasama dengan masyarakat awam selaras dengan pelaksanaan program National Blue Ocean Strategy. Di dalam program yang dianjurkan ini, TLDM dan TUDM telah menyumbangkan peralatan fisioterapi dan menjalankan kerja senggaraan dan memperindahkan bangunan serta kawasan PPDK ini.

ANGSA 8/2013 merupakan lapangan terbaik bagi ketiga-tiga perkhidmatan khususnya buat TLDM dan TUDM dalam melaksanakan latihan bersama dalam senario peperangan maritim dan perancangan yang telah dihasilkan akan berupaya menyokong perancangan eksesais yang akan dating. Eksesais ANGSA 9/2014 dirancang untuk dilaksanakan secara latihan medan yang memerlukan perancangan lebih rapi untuk dijayakan.

Majlis Penutup Eksesais telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM dengan kehadiran Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar dan Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan  Jeneral Dato Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi melalui Video Tele Conference yang dipancarkan dari Pejabat Panglima Tentera Udara, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Sementara itu Pengarah Eksesais, Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid dan Timbalan Pengarah Eksesais, Mejar Jeneral Dato Hj Affendi bin Buang TUDM serta peserta eksesais yang lain hadir dalam sesi Video Tele Conference dari lokasi Auditorium Zain, PUSTAKMAR, Pangkalan TLDM Lumut.




DSC_6293.JPG


No comments:

Post a Comment