Thursday 31 October 2013

Kerajaan timbang cadangan ganti jet pejuang

Dassault Aviation yang berpangkalan di Perancis berkata, kerajaan Malaysia masih menimbang cadangan menggantikaii jet pejuang pelbagaifungsi, MiG-29M Fulcrum, dengan pesawat pejuang buatan Perancis, Rafale.

Pengarah Program Rafale bagi Malaysia, Daniel Fremont berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih mengkaji cadangan itu dan "kami masih menunggu".

Jet pejuang Rafale, yang dikeluarkan oleh Dassault Aviation, merupakan antara empat pesawat yang dikatakan pilihan untuk menggantikan MiG-29M Fulcrum.

Yang lain termasuk Boeing F/A- 18E/F Super Hornet, SAAB JAS-39C/D Gripen dan Eurofighter Typhoon.

Dassault Aviation sebelum ini dilaporkan merancang membuka kilang pemasangan di Malaysia bagi mengeluarkan beberapa bahagian jet Rafale.

Untuk itu, Fremont berkata, ia merupakan projek khusus yang dibangunkan untuk masa depan pesawat berkenaan di Malaysia.

"Dengan membina kilang di sini, syarikat itu akan dapat berkongsi pengetahuan mengenai jet berkenaan, perkara yang penting untuk penyelenggaraan masa de- Tumpuan ialah ke atas Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) yang kini semakin banyak digunakan dalam kajian saintifik dan untuk tujuan pemantauan berbanding peranan sebelum ini untuk tujuan ketenteraan semata-mata DANIEL FREMONT Pengarah Rafale di Malaysia


Utusan Malaysia, Page: 17
By No author available
Thursday, 31 October 2013

No comments:

Post a Comment