Tuesday 22 June 2021

LCS project delay causing 200 vendors to fold up

 2021-04-25

Malaysia-China Insight


IPOH, April 24 — About 200 vendors and contractors have shut down following the delay in the delivery of the second littoral combat ship (LCS) two years ago, according to Pangkor assemblyman, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

He said the project which involved 400 vendors and since the postponement was announced, almost 50 per cent of the total vendors were affected and the issue would affect all if there was no decision made by the government or the parties concerned.

“It is a project at national level which is not involving one group. Employment opportunities, local economy and national security are all involved in the project.

“Measures by the government are crucial for the LCS project to proceed so that vendors and workers can continue their work and will not get retrenched,” he told a press conference which was also attended by several vendors of the project. Zambry said the failure in the construction of the LCS in Lumut is not only creating a controversy but the government should intervene and gave it serious attention as it is affecting many parties and local economic players. One of the vendors, Safie Tamrin said his company and other vendor colleagues are facing debts apart from revolving capital which is not giving returns due to the project delay.

“We are appealing to the government to restart the LCS project to save all parties,” he said.

It was reported in December that the Ministry of Defence had conducted an in depth investigation on the failure of the subsidiary of Boustead Holdings Bhd which is Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), to supply six LCS valued at RM9 billion for the Royal Malaysian Navy. Senior Defence Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the ministry had also conducted an investigation by reviewing the contract clauses on late delivery in the acquisition of LCS. According to him, findings of the investigation led to the issuance of the notice of Liquidated and Ascertained Damages (LAD) amounting to RM180 million in which RM80.6 million had been collected one-off  from BNS in October. According to the original plan, two of six LCS should have been delivered but as at July 31 (2020), none had been completed.


10,000 pekerja, 400 vendor terjejas projek LCS tangguh

SAIFULLAH AHMAD | | 24 April 2021 SINAR 

POH - Kerajaan diminta mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan projek pembinaan enam Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) yang tertangguh sejak lebih setahun lalu diteruskan bagi menyelamatkan kira-kira 10,000 pekerja dan 400 vendor terjejas. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penangguhan projek tersebut memberi kesan yang besar kepada pekerja dan vendor kerana sebahagian mereka sudah gulung tikar disebabkan keadaan itu.

Menurutnya, jalan terbaik bagi menyelamatkan pekerja dan vendor tersebut dengan meneruskan kembali projek pembinaan LCS itu dengan segera memandangkan ia tertangguh begitu lama."Keadaan ini memberikan kesan buruk kepada keseluruhan ekosistem dan ekonomi bukan sahaja di daerah Manjung dan Perak tetapi untuk negara. "Saya memohon kepada kerajaan untuk memberikan perhatian serius mengenai perkara ini. Dalam keadaan ekonomi yang semakin sulit kita memerlukan sokongan kerajaan," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Pejabat Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, di sini pada Sabtu. Hadir sama, Setiausaha MTUC Bahagian Perak, Hamzah Jaaffar dan Pengarah Urusan Samudera Selatan Engineering Sdn Bhd, Safie Tamrin. Zambry berkata, isu tersebut pernah dikemukakan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan Pengerusi Boustead Berhad, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi meminta kerajaan mempertimbangkan masalah yang berlaku. Sementara itu, Safie yang merupakan salah satu vendor yang terlibat dengan pembinaan LCS itu memaklumkan bahawa pihak vendor mengalami pelbagai kesulitan selepas lebih setahun projek tersebut tidak beroperasi.

Menurutnya, sebahagian besar mereka berdepan masalah kewangan seperti membayar gaji pekerja dan melunaskan pinjaman bank kerana penangguhan terlalu lama. Beliau berkata, sebahagian daripada mereka yang merupakan anak tempatan sudah pun gulung tikar kerana tidak lagi mempunyai sumber untuk meneruskan projek tersebut. "Jika projek ini terus ditangguh, banyak lagi masalah teknikal yang akan timbul. Sebenarnya, projek ini menggunakan teknologi tinggi bagi aset pertahanan negara sekali gus memberikan pengalaman kepada vendor dalam pembinaan kapal perang. "Kita juga sudah mengikuti lebih banyak latihan dan survei bagi projek ini. Kita sangat berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk meneruskan projek ini bagi menyelamatkan semua pihak," katanya. Menurut Safie, daripada enam kapal yang dirancang untuk dibina, hanya dua kapal yang siap 70 peratus sebelum ditangguhkan pembinaannya sehingga kini. Pada 3 Ogos 2020, Kementerian Pertahanan mengumumkan bahawa pihaknya terpaksa menimbang untuk menamatkan kontrak syarikat kontraktor yang membekalkan enam aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis kapal LCS kerana mengalami kelewatan dalam pembinaan. Ismail Sabri ketika menggulung perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat ketika itu berkata, sehingga 31 Julai lalu tiada satu pun daripada enam kapal LCS yang disiapkan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB). Malah menurutnya, kementerian itu juga sudah membayar RM6 bilion daripada harga kos pembinaan kapal berkenaan.

Mengikut rancangan asal, kapal pertama LCS dikenali sebagai LCS1 yang direka cipta dan dibina sepenuhnya di negara ini dijangka siap pada 2018 dan akan diserahkan kepada TLDM pada pertengahan tahun 2019 manakala kapal terakhir diserahkan pada pertengahan 2023. Pembinaan kapal LCS itu adalah selaras dengan usaha pemodenan TLDM dan mampu meningkatkan keupayaan tempur armada pasukan itu daripada empat kapal tempur kepada 10 kapal sekali gus membolehkan lebih banyak operasi dapat disempurnakan dengan lebih pantas dan berkesan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/135278/BERITA/Nasional/10000-pekerja-400-vendor-terjejas-projek-LCS-tangguh

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



No comments:

Post a Comment